Jumaat, 8 Julai 2011

Asas Pengendalian Radio Amatur



Berikut saya paparkan disini tulisan mengenai Asas Pengendalian Radio (QSO) untuk dikaji dan diperbetulkan. Serba sedikit adalah dari pengalaman dan beberapa bahan rujukan serta diterjemahkan mengikut kesesuaian. Mohon rakan-rakan semua sudi memberi komen atau pembetulan jika ada kesalahan atau kesilapan, saya dahului dengan jutaan terima kasih.

Terbahagi kepada 7 bahagian:
1. Asas Pengendalian
2. Penggunaan Radio Bimbit (Handy Talkie) dan Pancar Ulang (Repeater)
3. Panggilan Pertama
4. Menjawab Panggilan
5. Panggilan Terus
6. Memanggil CQ untuk membuat panggilan
7. Menjawab Panggilan CQ

Asas Pengendalian
Anda telah mempunyai lesen dan bersedia untuk ke udara. Perkara penting yang perlu anda lakukan pada permulaannya ialah mendengar dan memerhati bagaimana rakan-rakan ham membuat panggilan mereka. Memandangkan ianya terdiri dari berbagai “Mode” dan “Band” dengan pendekatan yang agak berbeza, ianya akan membantu jika anda biasa mendengar pelbagai keadaan atau cara sebelum anda membuat panggilan pertama atau ‘Kontek Perdana’.
Bergantung kepada radio dan lesen yang anda miliki untuk membantu membuat keputusan dan bagaimana anda hendak memulakannya. Jika anda menggunakan Radio Bimbit (Handy Talkie), anda boleh mula berkomunikasi melalui Pengulang (Repeater) atau terus kepada rakan yang lain (Simplex) di band VHF, UHF dan HF mengikut frekuansi yang telah di peruntukan.

Penggunaan Radio Bimbit (Handy Talkie) dan Pancar Ulang (Repeater)
Penggunaan Radio Bimbit (Handy Talkie) dan Pengulang (Repeater)
Kebanyakan rakan Radio Amatur yang baru mendapat Lesen dalam Kelas B dengan “Suffix” 9W. Pada peringkat ini untuk berkomunikasi lebih jauh, yang paling asas ialah menggunakan Radio Bimbit melalui Pengulang tempatan. Anggaplah anda telah mempunyai Radio Bimbit yang telah dipasangkan (Setting) dengan Frekuansi memancar (Uplink) dan menerima (Downlink) Offset serta CTCSS Tone yang betul, anda telah bersedia untuk membuat panggilan yang pertama.
Ia mungkin nampak senang dan ringkas tapi anda harus tahu Tanda Panggilan (CallSign) sebelum memulakannya. Perkara yang sebaiknya anda buat ialah meneliti sebutan Phonetics jika rakan yang menerima nanti minta anda menerangkan satu persatu ejaan Tanda Panggilan (CallSign) anda.
Contoh: 9W2UZI ejaan Phonetics ialah NINE WISHKEY TWO UNIFORM ZULU INDIA.

Panggilan Pertama
Untuk panduan ini anggaplah anda berada di Semananjung Malaysia iaitu dengan Tanda Panggilan bermula dengan 9W2 dan mggunakan Pancar Ulang yang boleh dijangkau untuk kawasan tersebut. Kawasan seperti Lembah Klang dan yang berada dalam liputan Pancar Ulang.

1. Tekan butang PTT (Push To Talk) di Radio Bimbit anda dan sebut contohnya "9W2UZI mendengar" anda hendaklah menggunakan Tanda Panggilan (CallSign) anda sendiri.
** "9W2UZI listening"

Itu yang perlu anda buat untuk mendapatkan jawapan. Jika tiada apa-apa jawapan dalam masa yang lama. Anda mungkin cuba memanggil lagi sekali, tapi kali ini dengan menyebut "9W2UZI memantau dan mendengar panggilan".
** '9W2UZI is monitoring and listening for a call'

Kebiasaanya anda tidak perlu membuat panggilan "CQ" di Pancar Ulang walaupun ia tidak menjadi kesalahan. Kita akan membincangkan mengenai panggilan "CQ" nanti.

2. Anda mendapat jawapan contoh seperti "9W2UZI, disini 9W2YET di Shah Alam kembali. Nama saya Farid Adley. Kembali kepada anda".
** "9W2UZI, this is 9W2YET at Shah Alam returning. My name is Farid. Back to you."

Pada peringkat ini anda hanya perlu tunggu 3 saat sebelum menjawab semula panggilan tadi.

3. Tekan butang PTT dan jawab. Pada peringkat ini perbualan atau perbincangan adalah bergantung kepada apa yang ingin anda bincangkan atau ketahui. Beri Nama, Lokasi dan apa-apa maklumat yang ingin anda maklumkan kepada rakan baru anda serta akhiri perbualan anda dengan mengatakan "Ganti" atau "Kembali kepada anda".
** "Over" or "Back to you."

Ada baiknya jika anda menyebut Tanda Panggilan kerap setelah perbualan atau transmisi yang panjang dibuat dengan menyebut "9W2YET disini 9W2UZI Ganti".
** "9W2YET this is 9W2UZI. Over."

Penggunaan "Ganti" (Over) atau "Kembali kepada anda" (Back to you) adalah satu isyarat kepada rakan selepas anda yang anda telah selesai bercakap dan tiba giliran beliau untuk bercakap.

4. Pada akhir perbualan atau perbincangan anda akan mengucapakan Salam atau 73 dan keluar dari jaluran dengan mengucapkan "9W2YET disini 9W2UZI keluar dan memantau." Itu jika anda masih ingin memantau di jaluran. Jika tidak anda hendaklah mengatakan ".... keluar dan QRT." sebagai ganti.
** "9W2YET this is 9W2UZI clear and monitoring." or "...clear and QRT"



Menjawab Panggilan
Menjawab panggilan melalui Pancar Ulang dengan Radio Bimbit adalah serupa seperti mana yang dibincangkan diatas iaitu orang sebaliknya memanggil anda. Anda akan mendengar 9W2YET memanggil di Pancar Ulang dan jawab seperti berikut selepas 3 saat dari panggilan tamat:

1. "9W2YET disini 9W2UZI. Selamat Pagi. Nama saya Hassan Basri dan Lokasi saya di Setapak. Kembali kepada anda."
** "9W2YET this is 9W2UZI. Good morning. My name is Hassan and my location is Setapak. Over to you."

2. Secara asasnya pertukaran Tanda Panggilan adalah seperti telah dibincangkan diatas. Pastikan anda memperkenalkan Stesen anda sekali sekala dan seharusnya memperkenalkan diri anda jika ada stesen yang baru menyertai perbualan (QSO) anda.

Panggilan Terus
Panggilan Terus (Simplex) adalah panggilan yang dibuat terus kepada rakan anda tanpa menggunkan Pancar Ulang (Repeater). Samada anda menggunakan Jalur VHF, UHF atau HF prosedur adalah sama. Panggilan yang anda buat adalah terus kepada rakan anda menggunakan Jalur dan Frekuasnsi yang sama tanpa perlu melalui Pancar Ulang.

Walaubagaimanapun ia bergantung penuh dengan "Antenna" dan propogasi untuk HF, adalah perlu anda menentukan kesesuaian"Tuning" "Antenna" sebelum memulakan panggilan anda.



Memanggil CQ untuk membuat panggilan
Anggaplah anda mengendalikan panggilan HF di 10 meter band.

1. Mulakan dengan mencari frekuansi yang terang contoh seperti 28.360 Mhz. Bercakap dengan terang dan jelas "Adakah frekuansi ini digunakan? Disni 9W2UZI." Jika anda tidak mendapat apa-apa jawapan dalam jangkamasa yang agak lama buat panggilan kali kedua sebagai kepastian. Jika masih tiada jawapan maka boleh lah pergi ke langkah yang kedua. Jika ada rakan mengatakan frekuansi tersebut digunakan pindah ke frekuansi yang lain yang lebih jelas dan cuba lagi dengan panggilan anda. Jika anda dijemput bolehlah menyertai perbincangan atau berkenalan dengan rakan baru, anda hendaklah memperkenalkan diri jika itu panggilan pertama anda dengan rakan yang sedia ada di Jaluran tersebut.
** "Is this frequency in use? This is 9W2UZI."

2. Buat panggilan "CQ CQ CQ. Disini Nine Whiskey Two Unoform Zulu India memanggil CQ CQ CQ. Disini Nine Whiskey Two Uniform Zulu India, Nine Whiskey Two Uniform Zulu India memanggil CQ dan menunggu panggilan."

** "CQ CQ CQ. This is Nine Whiskey Two Uniform Zulu India calling CQ CQ CQ. This is Nine Whiskey Two Uniform Zulu India, Nine Whiskey Two Uniform Zulu India calling CQ and waiting for a call."

Sekarang anda tunggu dan dengar jawapan kepada panggilan anda. Berada di Jalur 10 meter HF berkemungkinan anda akan mendapat jawapan dalam keadaan yang amat jelas hingga amat sukar untuk didengar.

3. Jika anda mendengar contohnya "Nine Whiskey Two Uniform Zulu India disini Nine Whiskey Two Yankee Echo Tango memanggil."

4. Anda hendaklah menjawab dengan "Nine Whiskey Two Yankee Echo Tango disini Nine Whiskey Two Uniform Zulu India. Terima Kasih atas panggilan anda. Terima anda dengan kekuatan 5 - 9. Nama saya Hassan dan QTH di Setapak. Bagaimana anda terima saya? Nine Whiskey Two Yenkee Echo Tango disini Nine Whiskey Two Uniform Zulu India ganti."

** Nine Whiskey Two Yankee Echo Tango this is Nine Whiskey Two Uniform Zulu India. Thanks for the call your signal is 5 - 9. My name is Hassan and my QTH is Setapak. So how do you copy? Nine Whiskey Two Yenkee Echo Tango this is Nine Whiskey Two Uniform Zulu India over."


Anda telah membuat panggilan pertama anda dalam Jalur HF. Pada tahap ini anda boleh membuat panggilan atau QSO selama mana anda suka atau mampu bergantung kepada keadaan jalur serta propogasi.

5. Anda boleh mengakhiri perbualan anda (QSO) dengan mengumumkan diudara kedua-dua tanda panggilan dan keluar dari jaluran.

Contoh: "...terima kasih Farid untuk panggilan dan 73 kepada anda dan keluarga. Nine Whiskey Two Yenkee Echo Tango disini Nine Whiskey Two Uniform Zulu India keluar dari jalur."

** "... thanks Farid for the contact and 73 to you and your family. Nine Whiskey Two Yenkee Echo Tango this is Nine Whiskey Two Uniform Zulu India signing off."

Apa yang harus anda lakukan jika lebih dari satu stesen yang menjawab panggilan anda? Jika anda boleh mendengar dengan jelas salah satu dari stesen tersebut, jawab seperti mana yang dibincangkan diatas. Dalam masa anda berbincang, semasa anda bertukar stesen anda boleh memberi masa 3 - 5 saat untuk stesen satu lagi untuk masuk ke jalur jika stesen tersebut boleh memancar dengan jelas.

Jika anda hanya mendengar separuh dari tanda panggilan, mungkin seperti 'ECHO TANGO' anda boleh menggunakan cara seperti diperingkat ke 4 diatas dengan memulakan panggilan dengan menyebut "stesen dengan 'ECHO TANGO' sila buat panggilan anda." Bila anda telah mendengar tanda panggilan dengan lengkap anda boleh terus menggunakan cara pada peringkat ke 4 diatas.

Menjawab Panggilan CQ
Mulakan dengan menala (tuning) frekuansi dalam jarak yang anda dibenarkan dan cari stesen yang membuat panggilan CQ. Untuk menjawab kepada stesen yang membuat panggilan adalah serupa seperti proses yang dibincangkan diatas. Perbezaan yang akan anda hadapi selepas anda mejawab panggilan CQ ialah anda akan mendapati stesen yang lain juga memanggil dan panggilan anda mungkin lambat dijawab. Jika berlaku situasi begiini, tunggu sehingga stesen yang sedang berkomunikasi selesai dan cuba semula. Jika anda tidak mahu menunggu bolehlah anda menala ke frekuansi yang lain yang berkemungkinan ada panggilan CQ dan mula mejawab panggilan tersebut.

Khamis, 7 Julai 2011

KOD ‘Q’

KOD‘Q’yang selalu digunakan oleh pengguan Radio Amatur

QTH =Dimana lokasi anda
QRT =Saya tutup station
QRG =Adakah ulangan saya tepat
QRH =Adakah Ulangan saya berubah
QRL =Adakah anda sibuk
QRZ =Siapa yang memanggil
QSO =Bolehkah berkomunikasi
QRN =Saya menerima gangguan static
QSL =Hantar pengesahan
QRM =Adakah anda menerima sebarang gangguan
QRS =Gangguan pemancar
QRP =Guna kuasa rendah
QSB =Adakah signal saya menurun
QSK =Adakah anda mendengar saya QSO
QSN =Saya boleh mendengar anda QSO
QRV =Adakah anda telah bersedia
QRO =Guna kuasa tinggi
QRK =Kekuatan audio
QSA =Kekuatan signal
QSY =Boleh kita tukar ulangan
QRU =Ada berita untuk saya
QSP =Adakah anda boleh terima pesanan
QRX =Saya siap sedia
QTR =Apakah waktu sekarang
QRY =Tunggu giliran untuk QSO
QST =Beri makluman sahaja
QRA =Siapakah pemanggil ( nama )

Isnin, 4 Julai 2011

Fonetiks Abjad Radio Amator

Anda boleh memulakan pelajaran anda dengan mempelajari fonetiks abjad yang digunakan oleh pengguna-pengguna Radio Amatur di seluruh dunia!
Abjad yang----------------Kod digunakan------------------Cara sebutan

A-------------------------------Alfa-------------------------AL FAH
B-------------------------------Bravo------------------------BRAH VO
C------------------------------Charlie-----------------------CHAR LEE atau SHAR LEE
D-------------------------------Delta------------------------DELL TA
E-------------------------------Echo-------------------------ECK OH
F-------------------------------Foxtrot----------------------FOKS TROT
G-------------------------------Golf-------------------------GOLF
H-------------------------------Hotel------------------------HOH TEL
I--------------------------------India-----------------------IN DEE AH
J-------------------------------Juliet-----------------------JEW LEE ETT
K------------------------------Kilo--------------------------KEY LOH
L-------------------------------Lima-------------------------LEE MAH
M-------------------------------Mike-------------------------MIKE
N-----------------------------November-----------------------NO VEM BER
O------------------------------Oscar-------------------------OSS CAH
P------------------------------Papa--------------------------PAH PAH
Q------------------------------Quebec------------------------KEH BECK
R------------------------------Romeo-------------------------ROW ME OH
S-------------------------------Sierra-----------------------SEE AIR RAH
T------------------------------Tango-------------------------TANG GO
U------------------------------Uniform-----------------------YOU NEE FORM
V------------------------------Viktor------------------------VIK TAH
W-----------------------------Whiskey------------------------WISS KEY
X-----------------------------X-Ray--------------------------ECKS RAY
Y-----------------------------Yangkee------------------------YANG KEY
Z-------------------------------Zulu-------------------------ZOO LOO

NUMBERS

1 - UNAONE
2 - BISSOTWO
3 - TERRATHREE
4 - KARTEFOUR
5 - PANTAFIVE
6 - SOXISIX
7 - SETTESEVEN
8 - OKTOEIGHT
9 - NOVENINE
0 – NADAZERO

Rabu, 15 Jun 2011

Kesalahan dan Hukuman (KTN)

Kesalahan-kesalahan Dan Hukuman Yang Dikenakan Di Bawah Kanun Tanah Negara(KTN)

1. Membocor maklumat.
Sek. 19 KTN
Hukuman : Sek 429 (a) KTN

2. Pembelian tanah oleh pegawai yang dilantik (kes jualan lelong).
Sek. 20 KTN
Hukuman : Sek 429 (b) KTN

3. Kebenaran tentang keterangan semasa siasatan (memberi maklumat palsu).
Sek 30 KTN
Hukuman : Sek 422 (b) KTN

4. Kegagalan membayar cukai tanah.
Sek. 98(i) dan 100 KTN
Hukuman - Tanah dirampas

5. Melanggar syarat penggunaan tanah.
Sek 125 KTN
Hukuman : Sek 129 (5) (b) KTN

6. Mengalih daftar hakmilik, suratcara buku yang mana keselamatan adalah tanggungjawab Pentadbir Tanah/Pendaftar.
Sek: 375 (2) KTN
Hukuman : Sek. 429

7. Tidak mengendahkan notis untuk hadir untuk menunjukkan sempadan.
Sek ; 400 (1) , 400 (3)KTN
Hukuman: Sek. 400 (3) KTN

8. Tidak mengendahkan notis untuk membekalkan maklumat/membawa dokumen kepada pegawai ukur.
Sek 400(2) KTN
Hukuman : Sek. 400(3) KTN

9. Mengganggu tanda sempadan.
Sek 403 KTN
Hukuman : Sek 403(a) KTN dan 403 (b) KTN

10. Membuat kenyataan palsu bertulis atau lisan.
Sek: 422 (a) KTN
Hukuman: Sek 422

11. Membuat tipuan ke atas dokumen atau suratcara.
Sek 422 (c) KTN
Hukuman : 422 KTN

12. Menyembunyi dokumen penting.
Sek 422 (a) KTN
Hukuman : 422 KTN

13. Mengubah, meminda, menambah, menghapus, mencacat, memusnah dokumen suratcara, catitan-catitan di atas dokumen atau suratcara.
Sek : 4 KTN
Hukuman : Sek. 423 KTN

14. Kegagalan menyerah/menyampai dokumen.
Sek : 424 KTN
Hukuman : Sek 42

15. Meneroka tanah kerajaan/tanah/rezab/tanah lombong secara haram.
Sek : 425 KTN
Hukuman : 425 KTN

16. Mengguna/menduduki ruang udara di atas tanah kerajaan atau tanah rezab.
Sek : 425 A KTN
Hukuman : 425 A KTN

17. Mengambil/mengeluar bahan-bahan batu daripada mana-mana tanah.
Sek : 426 KTN
Hukuman : 426 KTN

18. Membenarkan haiwan meragut di mana-mana.
Sek : 427 I1)KTN
Hukuman : 427(2) KTN

19. Menghalang hak lalu lalang, jalan-jalan tempat awam dan “Waterways”.
Sek : 428(2) KTN
Hukuman : 428(2) 428(3) KTN

Khamis, 9 Jun 2011

Ukur HidrografiUkur Hidrografi

PENGENALAN

Ukur Hidrografi merupakan sains dan teknologi pengukuran dan penggambaranparameter-parameter yang penting mengenai sifat-sifat dan rupa bentuk dasar laut, jisim tanah dan ciri-ciri dinamik air laut.
Ia termasuklah batimetri, geologi, geofizik, pasang-surut, arus, ombak dan sifat-sifat fizikal air laut.
Pada asasnya, carta hidrografi mengandungi maklumat berikut :

-Kedalaman paramukadasar laut dengan menitikberatkan kepada keselamatan pelayaran
-Sempadan pantai termasuk topografi pantai
-Pelbagai bantuan pelayaran seperti boya, rumah api
-Gambaran topografi dasar laut dan maklumat lain yang dapat membantu pelayaran.

Secaraamnya, Ukur hidrografi boleh dikategorikan kepada 3 bahagian iaitu

a)Hidrografi pinggir pantai (coastral)
Ia merupakan pengukuran hidro yang dilakukan di persisiran pantai seperti melakukan kerja-kerja pembinaan jeti, pelabuhan, kerja-kerja struktur kejuruteraan, masalah hakisan pinggir pantai,penambakan pantai dan perubahan pasang surut air laut.

b)Hidrografi lepas pantai (off-shore)
Pengukuran jenis ini merupakan pengukuran yang dilakukan bagi kerja-kerja pengutipan data bagi kerja-kerja seperti pengurusan alam sekitar, pengurusan perikanan, pengurusan kehidupan dasar laut dan juga kerja-kerja pengutipan data hidrografi bagi penentuan kawasan pinggir pantai seperti “continental shelf”. Kerja-kerja ukur hidrografi lain yang terlibat adalah penjelajahan dan kerja cari gali galian dasar laut seperti minyak dan gas.

c)Hidrografi laut jauh (oceanic)
Pengukuran jenis ini adalah seperti kerja-kerja pengumpulan data hidrografi bagi pemetaan dasar laut, kandungan dasar laut dan perubahan dasar laut semasa.

SPESIFIKASI IHO UNTUK PENGUKURAN HIDROGRAFI

Standard IHO untuk pengukuran hidrografi disediakan bertujuan untuk menyediakan panduan minimum yang boleh diterima dalam menjalankan ukur hidgrografi.

Panduan ini diwujudkan bagi memastikan kepadatan data dan kejituan pengukuran mencukupi bagi menjamin keselamatan pelayaran

MAKLUMAT YANG ADA PADA CARTA

Garisan pantai (shoreline) - sempadan daratan dan air. Paras Air Tertinggi (High Water Line) biasanya digunakan.

Depan pantai dan kawasan kering (foreshore and drying area) - sempadan garis pantai dengan ketinggian datum carta.Ia bergantung kepada pasang-surut, kelihatan semasa surut dan tenggelam semasa pasang.

Kedalaman dan ketinggian kering - ketinggian paramukaan kawasan pantai dan kawasan kering berasaskan datum carta.

Kontor kedalaman - garisan yang mempunyai kedalaman yang sama.

Kualiti dasar laut - tanda nama yang menggambarkan jenis dasar laut,misalnya-lumpur, batu karang, batu

Bantuan pelayaran - menunjukkan kawasan bahaya (batu karang, kapal karam,dsb), rumah api, boya keselamatan,lalauan selamat.

Mercutanda(landmarks) - tanda semulajadi atau buatan yang boleh kelihatan dari pantai dan boleh digunakan untuk mendapat jarak dan bearing seperti bangunan, bukit.

Butiran maritim - butiran buatan manusia yang penting atau berguna untuk pelayaran seperti jeti, pelabuhan,breakwaters, jambatan, kabel dasar laut,dsb.

Topografi pantai dan daratan - butir-butiran semula jadi atau buatan manusia, garis kontor, ketinggian. Maklumat tidaklah sebanyak maklumat hidrografi.
Lihat Rajah Kedalaman Carta




KEGUNAAN CARTA DAN PELAN HIDROGRAFI




Kegunaan data hidrografi adalah seperti:
1)Pandu arah Pelayaran
2)Kejuruteraan –tambakan/pengorekan tanah, pembinaan jeti dan jambatan
3)Carigali minyak
4)Perikanan –untuk laluan bot dan mengesan ikan
5)Pengawalan alam sekitar
6)Kerja-kerja oseanografi seperti pergerakan sedimen, kajian geologi
7)Pemuliharaan pantai

KEGUNAAN CARTA DAN PELAN HIDROGRAFI
Contoh Pelan Hidrografi


DATUM PASANG-SURUT

Aras Laut Min (MSL)-paras purata yang dicapai air laut dalam tempoh masa tertentu.Perubahan paras laut boleh berlaku kerana kesan jangka pendek seperti pencairan ais di kutub, meteorologi (hujan, angin & tekanan), ombak,dsb.Tempoh cerapan dibuat antara 18 -30 tahun.

Paras Purata Pasang-Surut (MTL)-purata bagi ketinggian air pasang-surut bagi tempoh yang singkat.

Purata air pasang dan surut Purnama (MHWS, MLWS)-purata bagi 2 kali air pasang dan 2 kali air surut berturutan dalam sehari bagi sepanjang tahun.Ia berlaku semasa bulan berada pada fasa penuh atau baru, iaitu sekali dalam setiap 2 minggu. Nilai ini berubah dari tahun ke tahun mengikut kitaran 18.6 tahun.

Purata air pasang dan surut anak (MHWN, MLWN)-purata 2 air pasang dan 2 air surut berturutan dalam tempoh 24 jam. Berlaku ketika bulan berada pada sukuan pertama dan akhir.

Purata pasang dan surut tinggi (MHHW, MLLW)-purata paras air tahunan tertinggi dan terendah dalam sesuatu tempoh (tahunan).

Air Terendah Astronomi (LAT)-Paras terendah yang boleh diramal dalam keadaan normal dengan mengambil kira semua faktor astronomi. Ia diperolehi dengan membuat kajian pasang-surut sekurang-kurangnya 19 tahun.

Datum Carta (CD)–merupakan aras di mana kedalaman di atas kebanyakan carta nautika dilaraskan. Disebabkan Lat sukar untuk ditentukan, biasanya aras untuk datum carta di definisikan sebagai satu aras di mana nilai ramalan pasang surut tidak akan jatuh di bawah CD melebihi 1 meter.

KETEPATAN CERAPAN PASANG SURUT

Ketepatan cerapan pasang surut sangat penting terutama dengan kepesatan perkembangan industri perkapalan yang mana kapal lebih besar dibina.

Adalah penting mengetahui dengan tepat jumlah air semasa pelayaran

Ramalan yang tepat memerlukan data cerapan pasang surut yang tepat

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi ketepatan cerapan pasang surut
1)Kesan ombak dan arus
2) Cuaca
3)Peralatan yang kurang sempurna
4)Kalibrasialat yang tidak sempurna
5)Kesalahan manusia

Beberapa langkah yang boleh memberikan ketepatan cerapan pasang surut adalah
1)Cerapan dibuat selama mungkin (idealnya18.6 tahun)
2)Kalibrasi alat dilakukan sekerap mungkin
3)Sering memeriksa data cerapan



PERANCANGAN DALAM UKUR HIDROGRAFI

Tiga langkah utama di dalam perancangan kerja ukur hidrografi adalah;
a)Perlantikan Projek
b)Peninjauan
c)Penyediaan Peralatan

A)PERLANTIKAN PROJEK
Dua cara untuk mendapatkan projek hidrografi adalah melalui tender atau perlantikan terus.

Jika berjaya, surat perlantikan akan dikeluarkan

Pada peringkat ini, hanya maklumat-maklumat utama sahaja yang diketahui, antaranya adalah;
a)Lokasi kawasan kerja
b)Sempadan kawasan kerja
c)Skala pelan akhir
d)Maklumat datum

Maklumat ini membantu juruukur mendapatkan gambaran kasar tentang kerja hidrografi

Maklumat skala pelan akhir membantu juruukur menetapkan jarak sela antara garisan kedalaman

Penentuan lokasi kedudukan stesen kawalan pantai boleh ditentukan terlebih dahulu.

B)PENINJAUAN
Peninjauan sangat penting dan perlu di jalankan dengan teliti.

Peninjauan bertujuan mengkaji kawasan kerja ukur bagi mendapatkan maklumat-maklumat yang boleh membantu projek berjalan dengan lancar

Antara maklumat yang perlu semasa proses peninjauan adalah;
a)Sempadan kawasan kerja, anggaran kedalaman kerja
b)Anggaran jenis dasar air seperti lumpur, pasir dll
c)Keadaan ombak,arus dan angin
d)Musim (tengkujuh atau panas)
e)Keadaan trafik laut (perjalanan bot-bot)
f)Topografi daratan (berbukit/ landai, jenis daratan; paya atau batu)
g)Lokasi stesen kawalan, lokasi tolok pasang surut
h)Kadar sewa bot
i)Pemilihan alat penentududukan berdasarkan topografi daratan

C)PENYEDIAAN PERALATAN
Proses ini merupakan proses mengumpul, membeli, menyewa atau mendapatkan peralatan yang akan digunakan

Membuat persediaan perkara-perkara yang berkaitan dengan logistik;

Antara langkah-langkah yang perlu diambil adalah;
a)Menulis surat kebenaran atau memaklumkan kerja kepada pihak yang berkepentingan seperti Jabatan laut, Penghulu, Lembaga Perlabuhan dll
b)Menyewa bot yang akan digunakan untuk kerja hidrografi
c)Membuat penyemakan terhadap alat-alat yang akan digunakan
d)Membeli pelan-pelan akui (PA) daripada JUPEM untuk memulakan ukur kawalan
e)Mendapatkan maklumat-maklumat BM dan ketinggian daripada JUPEM
f)Menyediakan peralatan-peralatan sokongan seperti piket, paku, kayu buku rekod, alat tulis

Rabu, 8 Jun 2011

SKIM CEPAT KAYA



PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2009


LARANGAN PENGLIBATAN PEGAWAI AWAM DALAM SKIM CEPAT KAYA

TUJUAN

1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk menyampaikan keputusan Kerajaan berhubung larangan penglibatan pegawai awam dalam skim cepat kaya.

TAKRIF

2. Bagi maksud Pekeliling ini:
“Ketua Jabatan” bermaksud seseorang pegawai yang bertanggungjawab bagi sesuatu Kementerian, Jabatan, institusi, agensi atau unit dan termasuklah mana-mana pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang diberi kuasa dengan sewajarnya secara bertulis oleh pegawai yang bertanggungjawab bagi Kementerian, Jabatan, institusi, agensi atau unit untuk bertindak bagi pihaknya.

“Pegawai” bermaksud seorang anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan.

“Skim Cepat Kaya” bermaksud satu bentuk pelaburan yang menawarkan kadar pulangan yang tinggi atau tidak realistik bagi jumlah pelaburan yang kecil dan bebas daripada sebarang risiko, yang tidak berdaftar dengan Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna atau pihak-pihak berkuasa lain. Ia juga termasuk sebarang bentuk pelan / aktiviti pelaburan yang menyalahi undang-undang walaupun ianya dijalankan oleh institusi berdaftar dengan pihak berkuasa yang berkenaan.

LATAR BELAKANG

3. Pada masa ini, Kerajaan mendapati ramai pegawai awam terlibat dalam skim cepat kaya sama ada secara langsung atau tidak langsung sehingga menjejaskan imej perkhidmatan awam. Selain itu, pengendali skim cepat kaya ini turut mengeksploitasi penglibatan pegawai awam bagi memberi gambaran seolah-olah skim sedemikian telah diluluskan oleh pihak Kerajaan untuk menarik pelabur-pelabur lain.


4. Gejala yang tidak sihat ini juga boleh menyebabkan pegawai yang terlibat terjebak dalam masalah kewangan, kekeluargaan dan kemasyarakatan serta akhirnya menjejaskan prestasi pegawai selaku penjawat awam.

PERATURAN BARU

5. Dengan ini Kerajaan telah memutuskan bahawa pegawai awam dilarang sama sekali terlibat dalam mana-mana skim cepat kaya termasuk sebagai penganjur atau pengantara atau pelabur.

6. Pegawai awam yang melabur dalam skim cepat kaya akan dikenakan tindakan tatatertib kerana boleh diertikan / ditafsirkan sebagai bersubahat atau bersekongkol dengan penganjur atau pengantara skim tersebut.

7. Pegawai yang ingkar dengan larangan ini akan dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 atau peraturan-peraturan lain yang berkuat kuasa.


TANGGUNGJAWAB PEGAWAI

8. Dengan berkuat kuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini, semua pegawai awam yang terlibat dalam skim cepat kaya termasuk sebagai penganjur atau pengantara atau pelabur dikehendaki menghentikan penglibatan mereka dengan serta-merta.

TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN

9. Ketua Jabatan bertanggungjawab untuk memantau pegawai di bawah penyeliaannya dan melaporkan sebarang ketidakpatuhan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib untuk tindakan sewajarnya.

TARIKH KUAT KUASA

10. Peraturan baru ini berkuat kuasa mulai tarikh Pekeliling Perkhidmatan ini dikeluarkan.

PEMAKAIAN

11. Tertakluk kepada penerimaannya oleh Pihak Berkuasa masing-masing, peruntukan Pekeliling Perkhidmatan ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

TAN SRI ISMAIL ADAM)
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Malaysia

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PUTRAJAYA
13 Januari 2009



sumber rujukan (http://www.jpa.gov.my/ )
JPA (S) TT/71/195( 5 )