Khamis, 4 Ogos 2011

TANDA-TANDA KIAMAT



Tanda-tanda Kiamat menurut agama Islam merupakan suatu petunjuk atau isyarat yang sudah hampirnya Hari Kiamat. Bermula dengan tanda-tanda kecil dan kemudian disusuli dengan tanda-tanda besar.

TANDA-TANDA BESAR

• Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
• Lahirnya Dajjal.
• Keluar asap tebal.
• Turunnya Nabi Isa a.s.
• Kemunculan Imam Mahdi.
• Matahari terbit dari ufuk barat.
• Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.
• Diangkat al-Quran dan perkara-perkara yang baik
• Runtuhnya Ka'abah
• Terdengar tiupan sangkakala pertama.
• Ada azan tak di jawab
• 3 kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat, dan yang ketiga di Semenanjung Arab.

TANDA-TANDA KECIL

Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi.
• Penaklukan Baitulmuqaddis

“ Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari ”

• Zina bermaharajalela
“ "Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim ”

• Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik

• Bermaharajalela alat muzik
“ Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah”

• Menghias masjid dan membanggakannya
“ Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai. ”

• Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
“ Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim ”

• Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan

• Ramai orang soleh meninggal dunia
“ Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad ”

• Orang hina mendapat kedudukan terhormat
“ Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani ”

• Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
“ "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad ”

• Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
“ Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." ”

• Bulan sabit kelihatan besar
“ Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani ”

• Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“ Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim ”

• Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
“ Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad ”

• Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
“ Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim ”

• Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa

• Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
“ Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari ”

• Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
“ Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai ”

• Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.

• Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.

• Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.

• Orang akan melakukan homoseksual.

• Akan terdapat ramai anak luar nikah.
- Abdullah Ibn Mas'ood (R.A.)

• Berkurangnya sifat amanah

• Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)

• Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya

• Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya

• Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid

• Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik

• Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya
“ Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi ”

• Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan

• Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara...

• Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)

• Memandang rendah kepada darah
“ Rasulullah bersabda: "Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin yang boodoh, ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya." - Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad ”

• Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)
“ Dari riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang" - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad ”

• Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
“ Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." - Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a. ”

• Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan
“ Sungguh hebat dia, sunggu jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun" - Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah ”

• Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan
“ "Tidak akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui sebuah kubur maka ia akan berkata: 'Aduhai seandainya aku juga berada ditempatnya.'" - Riwayat Bukhari dan Muslim ”

• Banyaknya berlaku gempa bumi

• Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan

• Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan
“ "Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari ”

• Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba

• Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat
“Masjid dijadikan sebagai jalan-jalan dan timbulnya mati mendadak" - Hasan At-Tayalisy”

Rabu, 3 Ogos 2011

BUMI MENUJU AKHIR ZAMAN



Assalamualaikum...
Mesti korang tkejut kan..neway, just bace dulu n evaluate it later...Allah sahaja yang tahu kebenarannya.Bukti kebenaran Al Quran. Fenomena ini telah disebut dalam Quran 1400 tahun dahulu dan 1999/2000 tahun gambar itu diambil oleh NASA.]

a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun... sekarang sudah 1439 =426 + 13 tahun hijrah daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi. Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066



b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket... Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi... Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi.. Dan planet ini lebih besar daripada bumi... Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065



c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007... Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa... . Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat.. Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062... Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066
Wallahu'alam...

Semua ini telah dikaji... Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun... Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun... Cubalah anda kirakan sendiri...



Beribadatlah wahai umat Islam sekalian... Ini adalah antara berpuluh-puluh artikel di internet yg seperti ini. Dan jangan tunggu artikel seperti ini dikeluarkan baru kita nak buat amal. Benda ni dah diajar sejak kita kecil lagi. Kiamat pasti tiba. Hanya orang yang leka dengan dunia shj
yang akan rugi. berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh Allah. Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar. dan korang jangan risaula..aman dunia akhirat..sama-sama kita doakan kesejahteraan untuk semua umat Islam.

P/s : mmmm kalu rajin pass la kat kawan2 korang erk.. sian kawan2 korang
kalu tak tau ni... Wallahua'lam..(ni pun aku copy dr org..tak salah kalu ilmu disebarluaskan..)

Selasa, 2 Ogos 2011

MUTIARA KATA


JANGAN IMPIKAN SUAMI SEHEBAT RASULLAH S.A.W JIKA DIRI TIDAK SEANGGUN SAIDATINA KHADIJAH

SESIAPA YANG MENINGGALKAN CINTA DUNIA YANG BERLEBIHAN AKAN DIKURNIAKAN CINTA AKHIRAT YANG HAKIKI

PANDANGAN MATA SELALU MENIPU , PANDANGAN AKAL SELALU TERSALAH , PANDANGAN NAFSU SELALU MELULU , PANDANGAN HATI ITU YANG HAKIKI , JIKA LAHIRNYA DARI IMAN DAN TAQWA .

ILMU ADALAH HARTA KEPADA SI MISKIN , ADALAH KEHORMATAN BAGI SI KAYA , ADALAH KENANGAN DI HARI TUA .

USAHA + TAWAKKAL + DOA = KEJAYAAN DAN KEREDHAAN ALLAH

BERPIJAK DI ATAS BUMI NYATA , BAGAI MENITI JAMBATAN BARA . OLEH ITU , PILIHLAH JALAN YANG LURUS DAN BENAR AGAR KITA MENCAPAI KESEMPURNAAN DAN KEBAHAGIAAN HIDUP .

DI MANA ADA KEMAHUAN , DI SITU ADA JALAN , DI MANA ADA KEMENANGAN , DI SITU ADA KECEMERLANGAN

JADIKAN KEYAKINAN SEBAGAI PEGANGAN HIDUP , DORONGAN SEBAGAI TEMAN SETIA , PUTUS ASA DIJADIKAN MUSUH DURJANA , DAN JADIKAN TEKUN DAN USAHA SEBAGAI TANGGA KEJAYAAN .

YANG DI ATAS ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA YANG DI BAWAH , TETAPI APABILA SUDAH BERADA DI ATAS , JANGANLAH DILUPAI YANG DI BAWAH KERANA DI BAWAHLAH PUNCANYA DI ATAS .

SEBAIK-BAIK SAHABAT ITU IALAH ORANG YANG TIDAK PERNAH BERUBAH KEBAIKANNYA , MESKIPUN ZAMAN TERUS BERUBAH .

CARILAH ILMU KERANA APABILA KAMU KUFUR MAKA ILMU ITULAH HARTAMU DAN BILA KAMU KAYA , ILMU ITU MENJADI PERHIASAN DIRIMU .

BERIMAN DAN BERILMU SUMBERNYA IALAH ILMU . ILMU DIPEROLEHI DENGAN BELAJAR . TIDAK ADA IMAN KALAU TIDAK ADA AMAL , DAN TIDAK ADA PULA AMAL KALAU TIDAK IKHLAS - HUKAMA

BARANGSIAPA YANG TIDAK ADA ADAB , BERERTI DIA TIDAK ADA ILMU . BARANGSIAPA YANG TIDAK ADA KESABARAN , BERERTI DIA TIDAK ADA AGAMA . DAN BARANGSIAPA YANG TIDAK ADA SIFAT WARAK , BERERTI DIA TIDAK DEKAT DENGAN TUHANNYA - HASAN BASRI

GELAP ITU ADA LIMA PERKARA .


  1. GELAP HARI KERANA MALAM


  2. GELAP MATA KERANA BUTA


  3. GELAP OTAK KERANA TIDAK BERILMU


  4. GELAP HATI KERANA TIDAK BERAGAMA


  5. GELAP KEHIDUPAN KERANA LEMAH EKONOMI .

ILMU ITU ADALAH SEBAIK -BAIK PUSAKA - ALI BIN ABI TALIB

ADA EMPAT TANDA - TANDA ORANG YANG BERAKAL :



  1. CINTA PADA ILMU


  2. TIDAK BERUBAH MUKANYA WAKTU MENERIMA UMPAT DAN PUJI


  3. BAGUS JAWAPAN DAN BANYAK BENARNYA

Khamis, 14 Julai 2011

PEMIKIR UMAT: Cara Potong Kuku Ikut Sunnah Rasulullah

PEMIKIR UMAT: Cara Potong Kuku Ikut Sunnah Rasulullah

Tips Penjagaan Kesihatan


Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah spt:-

1. Bersenam @ beriadah.
2. Mengawal makanan.

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan).

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan.

4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala

Dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
Posted by Abu Dhar

Selasa, 12 Julai 2011

Istilah yg selalu digunakan oleh ham sekarang..

Foundermantel = ayah mak kita mertua kita yg salah diorang cakap oskar tengo /oskar tengo mertua..

Land line = line telefon .. atau lima lima -- yg salah diorang cakap 55 atau lima puluh lima..

Tincan = Instilah kereta .. ham japan selalu cakap ..

Jelopy = Kenderaan perkataan berasal dari amerika .

900mhz = Hp .

Oldman = Merujuk pada org tua org lama / kata kata hormat..

Salam Mesra = Apabila Operator Radio Amatur selesai berinteraksi melalui radio, Operator lelaki akan menyebut 73 kepada Operator lelaki melalui peranti dengan suara atau menggunakan kod morse.

88 = Bermaksud Ciuman Mesra; Ditujukan hanya untuk Operator Wanita sahaja.

XYL = bermaksud isteri

Harmonic = bermaksud anak

OM = bermaksud Old Man (orang lelaki atau orang lama dalam Ham radio nie..

YL = Young Lady (awek daa... anak dara..)

XYM = suami

YM = pakwe/rakan lelaki

over = ganti - mcm hatta selalu utk pass mic

QRT = keluar dari jalur/tutup stesen / stop sending

QRX = keluar sebentar dan akan kembali selepas selesai tugasan..(kena bgtau tahu berapa lama ..biasa nye antara 5 - 30 minit)