Khamis, 9 Jun 2011

Ukur HidrografiUkur Hidrografi

PENGENALAN

Ukur Hidrografi merupakan sains dan teknologi pengukuran dan penggambaranparameter-parameter yang penting mengenai sifat-sifat dan rupa bentuk dasar laut, jisim tanah dan ciri-ciri dinamik air laut.
Ia termasuklah batimetri, geologi, geofizik, pasang-surut, arus, ombak dan sifat-sifat fizikal air laut.
Pada asasnya, carta hidrografi mengandungi maklumat berikut :

-Kedalaman paramukadasar laut dengan menitikberatkan kepada keselamatan pelayaran
-Sempadan pantai termasuk topografi pantai
-Pelbagai bantuan pelayaran seperti boya, rumah api
-Gambaran topografi dasar laut dan maklumat lain yang dapat membantu pelayaran.

Secaraamnya, Ukur hidrografi boleh dikategorikan kepada 3 bahagian iaitu

a)Hidrografi pinggir pantai (coastral)
Ia merupakan pengukuran hidro yang dilakukan di persisiran pantai seperti melakukan kerja-kerja pembinaan jeti, pelabuhan, kerja-kerja struktur kejuruteraan, masalah hakisan pinggir pantai,penambakan pantai dan perubahan pasang surut air laut.

b)Hidrografi lepas pantai (off-shore)
Pengukuran jenis ini merupakan pengukuran yang dilakukan bagi kerja-kerja pengutipan data bagi kerja-kerja seperti pengurusan alam sekitar, pengurusan perikanan, pengurusan kehidupan dasar laut dan juga kerja-kerja pengutipan data hidrografi bagi penentuan kawasan pinggir pantai seperti “continental shelf”. Kerja-kerja ukur hidrografi lain yang terlibat adalah penjelajahan dan kerja cari gali galian dasar laut seperti minyak dan gas.

c)Hidrografi laut jauh (oceanic)
Pengukuran jenis ini adalah seperti kerja-kerja pengumpulan data hidrografi bagi pemetaan dasar laut, kandungan dasar laut dan perubahan dasar laut semasa.

SPESIFIKASI IHO UNTUK PENGUKURAN HIDROGRAFI

Standard IHO untuk pengukuran hidrografi disediakan bertujuan untuk menyediakan panduan minimum yang boleh diterima dalam menjalankan ukur hidgrografi.

Panduan ini diwujudkan bagi memastikan kepadatan data dan kejituan pengukuran mencukupi bagi menjamin keselamatan pelayaran

MAKLUMAT YANG ADA PADA CARTA

Garisan pantai (shoreline) - sempadan daratan dan air. Paras Air Tertinggi (High Water Line) biasanya digunakan.

Depan pantai dan kawasan kering (foreshore and drying area) - sempadan garis pantai dengan ketinggian datum carta.Ia bergantung kepada pasang-surut, kelihatan semasa surut dan tenggelam semasa pasang.

Kedalaman dan ketinggian kering - ketinggian paramukaan kawasan pantai dan kawasan kering berasaskan datum carta.

Kontor kedalaman - garisan yang mempunyai kedalaman yang sama.

Kualiti dasar laut - tanda nama yang menggambarkan jenis dasar laut,misalnya-lumpur, batu karang, batu

Bantuan pelayaran - menunjukkan kawasan bahaya (batu karang, kapal karam,dsb), rumah api, boya keselamatan,lalauan selamat.

Mercutanda(landmarks) - tanda semulajadi atau buatan yang boleh kelihatan dari pantai dan boleh digunakan untuk mendapat jarak dan bearing seperti bangunan, bukit.

Butiran maritim - butiran buatan manusia yang penting atau berguna untuk pelayaran seperti jeti, pelabuhan,breakwaters, jambatan, kabel dasar laut,dsb.

Topografi pantai dan daratan - butir-butiran semula jadi atau buatan manusia, garis kontor, ketinggian. Maklumat tidaklah sebanyak maklumat hidrografi.
Lihat Rajah Kedalaman Carta




KEGUNAAN CARTA DAN PELAN HIDROGRAFI




Kegunaan data hidrografi adalah seperti:
1)Pandu arah Pelayaran
2)Kejuruteraan –tambakan/pengorekan tanah, pembinaan jeti dan jambatan
3)Carigali minyak
4)Perikanan –untuk laluan bot dan mengesan ikan
5)Pengawalan alam sekitar
6)Kerja-kerja oseanografi seperti pergerakan sedimen, kajian geologi
7)Pemuliharaan pantai

KEGUNAAN CARTA DAN PELAN HIDROGRAFI
Contoh Pelan Hidrografi


DATUM PASANG-SURUT

Aras Laut Min (MSL)-paras purata yang dicapai air laut dalam tempoh masa tertentu.Perubahan paras laut boleh berlaku kerana kesan jangka pendek seperti pencairan ais di kutub, meteorologi (hujan, angin & tekanan), ombak,dsb.Tempoh cerapan dibuat antara 18 -30 tahun.

Paras Purata Pasang-Surut (MTL)-purata bagi ketinggian air pasang-surut bagi tempoh yang singkat.

Purata air pasang dan surut Purnama (MHWS, MLWS)-purata bagi 2 kali air pasang dan 2 kali air surut berturutan dalam sehari bagi sepanjang tahun.Ia berlaku semasa bulan berada pada fasa penuh atau baru, iaitu sekali dalam setiap 2 minggu. Nilai ini berubah dari tahun ke tahun mengikut kitaran 18.6 tahun.

Purata air pasang dan surut anak (MHWN, MLWN)-purata 2 air pasang dan 2 air surut berturutan dalam tempoh 24 jam. Berlaku ketika bulan berada pada sukuan pertama dan akhir.

Purata pasang dan surut tinggi (MHHW, MLLW)-purata paras air tahunan tertinggi dan terendah dalam sesuatu tempoh (tahunan).

Air Terendah Astronomi (LAT)-Paras terendah yang boleh diramal dalam keadaan normal dengan mengambil kira semua faktor astronomi. Ia diperolehi dengan membuat kajian pasang-surut sekurang-kurangnya 19 tahun.

Datum Carta (CD)–merupakan aras di mana kedalaman di atas kebanyakan carta nautika dilaraskan. Disebabkan Lat sukar untuk ditentukan, biasanya aras untuk datum carta di definisikan sebagai satu aras di mana nilai ramalan pasang surut tidak akan jatuh di bawah CD melebihi 1 meter.

KETEPATAN CERAPAN PASANG SURUT

Ketepatan cerapan pasang surut sangat penting terutama dengan kepesatan perkembangan industri perkapalan yang mana kapal lebih besar dibina.

Adalah penting mengetahui dengan tepat jumlah air semasa pelayaran

Ramalan yang tepat memerlukan data cerapan pasang surut yang tepat

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi ketepatan cerapan pasang surut
1)Kesan ombak dan arus
2) Cuaca
3)Peralatan yang kurang sempurna
4)Kalibrasialat yang tidak sempurna
5)Kesalahan manusia

Beberapa langkah yang boleh memberikan ketepatan cerapan pasang surut adalah
1)Cerapan dibuat selama mungkin (idealnya18.6 tahun)
2)Kalibrasi alat dilakukan sekerap mungkin
3)Sering memeriksa data cerapan



PERANCANGAN DALAM UKUR HIDROGRAFI

Tiga langkah utama di dalam perancangan kerja ukur hidrografi adalah;
a)Perlantikan Projek
b)Peninjauan
c)Penyediaan Peralatan

A)PERLANTIKAN PROJEK
Dua cara untuk mendapatkan projek hidrografi adalah melalui tender atau perlantikan terus.

Jika berjaya, surat perlantikan akan dikeluarkan

Pada peringkat ini, hanya maklumat-maklumat utama sahaja yang diketahui, antaranya adalah;
a)Lokasi kawasan kerja
b)Sempadan kawasan kerja
c)Skala pelan akhir
d)Maklumat datum

Maklumat ini membantu juruukur mendapatkan gambaran kasar tentang kerja hidrografi

Maklumat skala pelan akhir membantu juruukur menetapkan jarak sela antara garisan kedalaman

Penentuan lokasi kedudukan stesen kawalan pantai boleh ditentukan terlebih dahulu.

B)PENINJAUAN
Peninjauan sangat penting dan perlu di jalankan dengan teliti.

Peninjauan bertujuan mengkaji kawasan kerja ukur bagi mendapatkan maklumat-maklumat yang boleh membantu projek berjalan dengan lancar

Antara maklumat yang perlu semasa proses peninjauan adalah;
a)Sempadan kawasan kerja, anggaran kedalaman kerja
b)Anggaran jenis dasar air seperti lumpur, pasir dll
c)Keadaan ombak,arus dan angin
d)Musim (tengkujuh atau panas)
e)Keadaan trafik laut (perjalanan bot-bot)
f)Topografi daratan (berbukit/ landai, jenis daratan; paya atau batu)
g)Lokasi stesen kawalan, lokasi tolok pasang surut
h)Kadar sewa bot
i)Pemilihan alat penentududukan berdasarkan topografi daratan

C)PENYEDIAAN PERALATAN
Proses ini merupakan proses mengumpul, membeli, menyewa atau mendapatkan peralatan yang akan digunakan

Membuat persediaan perkara-perkara yang berkaitan dengan logistik;

Antara langkah-langkah yang perlu diambil adalah;
a)Menulis surat kebenaran atau memaklumkan kerja kepada pihak yang berkepentingan seperti Jabatan laut, Penghulu, Lembaga Perlabuhan dll
b)Menyewa bot yang akan digunakan untuk kerja hidrografi
c)Membuat penyemakan terhadap alat-alat yang akan digunakan
d)Membeli pelan-pelan akui (PA) daripada JUPEM untuk memulakan ukur kawalan
e)Mendapatkan maklumat-maklumat BM dan ketinggian daripada JUPEM
f)Menyediakan peralatan-peralatan sokongan seperti piket, paku, kayu buku rekod, alat tulis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan