Selasa, 12 Julai 2011

Pantau Penggunaan Blackberry



Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) sentiasa memantau penggunaan telefon bimbit Blackberry bagi memastikan keselamatan maklumat pengguna, terutama yang berkaitan dengan kerajaan.

Timbalannya Datuk Joseph Salang berkata, kementeriannya juga mengadakan perbincangan dengan Research in Motion (RIM) iaitu selaku penyedia perkhidmatan telefon itu agar tahap keselamatan maklumat yang disalur keluar mematuhi tahap piawaian yang tinggi.

"Tahap keselamatan pemindahan dan penyimpanan maklumat pengguna Blackberry yang tinggi tidak memungkinkan ia dapat diakses dengan mudah oleh mana-mana pihak,” katanya pada persidangan Dewan Negara



Ini disebabkan tahap keselamatan telefon Blackberry ini meragukan kerana data-data atau maklumat-maklumat seperti perbualan, sistem pesanan ringkas (SMS), emel dan messenger disalurkan di dalam server luar yang berpusat di Kanada, Amerika Syarikat, Singapura dan United Kingdom.

Oleh kerana sebagai langkah keselamatan banyak negara seperti Perancis, Emiryah Arab Bersatu, Arab Saudi dan Kuwait mengharamkan penggunaan telefon Blackberry ini.

Jadi dinasihatkan kepada pengguna telefon Blackberry, individu atau kerajaan khususnya menghadkan penggunaan perbualan atau sms yang sensitif atau sulit kerana semua itu direkod dan boleh mendatangkan bahaya kepada individu dan pihak kerajaan jika maklumat tersebut bocor.

Disebabkan perkara ini, kerajaan melalui Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dikatakan cuba memantau penggunaan telefon Blackberry bagi memastikan keselamatan pengguna terjamin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan